Syahadah

Syahadah

Iklan Dinar dan Dirham

Aplikasi Muamalah Dinar dan Dirham di Jakarta

Friday, November 19, 2010

Silverbar 50 gm KASIH


Dapatkan Silverbar 50 gm KASIH



Sunday, November 7, 2010

DGE Group rancang hasilkan 400 keping 50 gm silverbar edisi terhad


Nampaknya dengan permintaan drp orang ramai, DGE Group merancang akan mengeluarkan silverbar 999 50 gm edisi terhad. Buat permulaan sebanyak 400 keping silverbar akan dihasilkan yg melibatkan 20 kg silver raw.
Pengeluaran akan ditambah sekiranya terdapat bahan mentah yg diperolehi berikutan kemerosotan bahan tersebut sejak2 akhir ini ekoran peningkatan harga perak.
Harga perak yang melambung naik di akhir dagangan Jumaat lepas sehingga ke paras USD 26.76 / oz menyebabkan permintaan berlebihan di pasaran. Kesannya, sukar untuk mendapatkan bahan mentah tersebut.
Harga perak berkemungkinan akan melonjak lagi sehingga ke paras USD 30 / oz atau lebih sehingga penghujung tahun 2010. Dan tidak mustahil harganya akan terus meningkat pada tahun 2011.

Buy now or buy in higher price later.


Tuesday, August 10, 2010

Pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan

Pagi tadi semasa nak hantar anak sekolah, barulah ternampak 'banner' Majlis Perasmian D n D Kelantan d KB TC pada 12 hb Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan.

Maka, terlerai lah segala misteri akan pelancarannya yg setelah lama dipalu dan dilaung sedikit masa dahulu. Cuma, sejak akhir2 ini agak jarang kedengaran sehinggalah pagi tadi. Namun tidak kpd dif 2 jemputan, yg mana "selected" person sahaja  yg menerima surat jemputan drp penganjur.. Wah..!! ini sesuatu yg hebat, kerana program ini dipercayai dinaung oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan calang2 orang utk menerima jemputan drp Kerajaan Negeri...


Maka ada juga kedengaran suara yg bertanya, adakah orang yg tidak dijemput itu tidak boleh menyertainya. Maka, satu persoalan yg menarik dan cepu emas. Namun begitu, tahniah kpd yg terlibat krn sudah sampai ke peringkat ini perjuangan mereka. Diharap, perjuangan yg ikhlas akan dibayar oleh Allah dgn kemenangan di pihak muslimin...

Namun begitu, apa yg menarik tentang pelancaran ini mungkin terbahagi kpd beberapa "view'... Yakni, pandangan dan pendapat masing2.. Mungkin bagi "collector tegar" ini merupakan salah satu "item" yg boleh ditambah bagi memenuhi koleksi. Atau, pencinta D n D ini akan dapat merasai penggunaannya secara rasmi di bumi Kelantan ini. Atau mungkin pelbagai persoalan bagi lain2 orang..

Bagi saya, apa yg ditunggu adalah mekanisme yg akan digunakan utk merealisasikan penggunanan D n D dlm urusan perniagaan @ muamalat. Sesuatu "datum" pasti akan diwujudkan dan diterima pakai oleh orang ramai nanti. Antara mekanisme yg ditunggu ialah cara penetapan harga, wakala2 yg terlibat dan contoh aplikasi yg akan digunakan oleh kaki tangan kerajaan negeri d sb. Marilah kita bersama2 berdo'a agar pelancran in akan berjaya dan memberi lebih nayak manfaat kpd ummah berbanding kpd individu.. Insyaalah.

Monday, June 28, 2010

Membentuk masyarakat Dinar dan Dirham

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah melayu yg seringkali dikaitkan atau digunakan sebagai ganti kata diri utk membimbing anak-anak supaya menjadi seorang yg berguna kelak. Tidak terhad kpd anak2 muda, pepatah ini juga sesuai bagi orang yg baru mempelajari sesuatu ilmu yg baru. Pendek kata, menuntut ilmu itu sehingga sampai ke liang lahad.

Untuk menterjemahkan  maksud yg tersurat dan tersirat ini kpd pembangunan dan pengenalan Dinar dan Dirham (D & D) kpd masyarakat umum di Malaysia sebagai contoh, ianya haruslah bermula drp peringkat awal lagi. Peringkat anak2 misalnya, namun mungkin tidak didapati di Malaysia kerana masyarakat di sini mungkin masih baru didedahkan secara totalnya, namun secara ilmiahnya mungkin sudah diketahui, sama ada melalui pendidikan formal atau pun melalui pembacaan. Cuma, sekarang ini alhamdulillah, masyarakat telah mula sedar dan mengetahuinya secara detail. Bukan sahaja menyentuh apa itu D & D, tetapi lebih lagi yg mana dikaitkan dlm kegunaan muamalah harian lebih2 lagi di dalam bidang ekonomi.

Namun begitu, tahap kesedaran ini tidak meliputi semua golongan dan peringkat. Mungkin ada yg mengetahuinya secara ekonomi, syariat atau juga secara kebetulan. Maka, apabila ini berlaku akan timbulnya konflik.  Wujudnya pertembungan kefahaman yg berbeda di antara 2 ke 3 pihak. Mereka tidak dapat membawa 1 modul yg  membawa persepsi yg satu. Walau pun, tajuk yg sama, namun penafsiran yg pelbagai akan dapat memberi impak yg besar dan akhirnya kecundang akan menimpa kita jua akhirnya.

Oleh itu, perbedaan mengenai mutu Dinar itu sendiri dan siapa yg betul atau salah tidak harus dipandang enteng atau dibiar melarat. Kumpulan2 ini haruslah tampil ke hadapan dan membuat penerangan. Begitu juga dgn jenis-jenis D & D yg ada di pasaran, mereka2 yg dirasakan bertanggung jawab haruslah bertemu muka dan bertanya khabar dan menerangkan perkara sebenarnya. Jangan nanti ada pula yg cuba menangguk di air yg keruh. Dan jangan pula yg cuba membuat satu dominasi yg berlandaskan fakta "kuasa" tanpa menghirau akan sekeling dan persekitarannya.

Maka dgn sebab itu, sayugia diingatkan bahwa masyarakat kita masih belum sepenuhnya celik ttg D & D. Ada yg masih kelabu dan cuba utk dibandingkan misalnya dgn relevennya dgn sistem kapitalis. Justeru, langkah pertama kita sekarang iaitu pengenalan haruslah dibuat dgn lebih jitu. Kalau tak kenal, maka tak cinta. Begitu juga dgn D & D, jika masyarakat luar tidak mengetahui, maka bagaimana mereka hendak bersama2 berjuang dan mendokong D & D ini. Jangan pula ada pihak2 yg cuba memutar belitkan fakta sehingga mereka2 ini keliru dan akhirnya hilang dan proses seterusnya utk memartabatkan matawang sunnah akan terus terkubur.

Akhir kata, perjuangan ini memanglah perit dan banyak dugaan. Tetapi, menjadi tanggung jawab yg arif utk meredakan keadaan dan menerangkan kpd mereka satu demi satu dan langkah demi langkah. Apabila sudah wujud 1 modul utk satu persepsi, maka insyaallah perjuangan kita sudah semakin hampir. Bersama2lah kita berganding bahu menggalas senjata utk perjuangan yg satu.

Sunday, May 30, 2010