Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah melayu yg seringkali dikaitkan atau digunakan sebagai ganti kata diri utk membimbing anak-anak supaya menjadi seorang yg berguna kelak. Tidak terhad kpd anak2 muda, pepatah ini juga sesuai bagi orang yg baru mempelajari sesuatu ilmu yg baru. Pendek kata, menuntut ilmu itu sehingga sampai ke liang lahad.
Untuk menterjemahkan maksud yg tersurat dan tersirat ini kpd pembangunan dan pengenalan Dinar dan Dirham (D & D) kpd masyarakat umum di Malaysia sebagai contoh, ianya haruslah bermula drp peringkat awal lagi. Peringkat anak2 misalnya, namun mungkin tidak didapati di Malaysia kerana masyarakat di sini mungkin masih baru didedahkan secara totalnya, namun secara ilmiahnya mungkin sudah diketahui, sama ada melalui pendidikan formal atau pun melalui pembacaan. Cuma, sekarang ini alhamdulillah, masyarakat telah mula sedar dan mengetahuinya secara detail. Bukan sahaja menyentuh apa itu D & D, tetapi lebih lagi yg mana dikaitkan dlm kegunaan muamalah harian lebih2 lagi di dalam bidang ekonomi.
Namun begitu, tahap kesedaran ini tidak meliputi semua golongan dan peringkat. Mungkin ada yg mengetahuinya secara ekonomi, syariat atau juga secara kebetulan. Maka, apabila ini berlaku akan timbulnya konflik. Wujudnya pertembungan kefahaman yg berbeda di antara 2 ke 3 pihak. Mereka tidak dapat membawa 1 modul yg membawa persepsi yg satu. Walau pun, tajuk yg sama, namun penafsiran yg pelbagai akan dapat memberi impak yg besar dan akhirnya kecundang akan menimpa kita jua akhirnya.
Oleh itu, perbedaan mengenai mutu Dinar itu sendiri dan siapa yg betul atau salah tidak harus dipandang enteng atau dibiar melarat. Kumpulan2 ini haruslah tampil ke hadapan dan membuat penerangan. Begitu juga dgn jenis-jenis D & D yg ada di pasaran, mereka2 yg dirasakan bertanggung jawab haruslah bertemu muka dan bertanya khabar dan menerangkan perkara sebenarnya. Jangan nanti ada pula yg cuba menangguk di air yg keruh. Dan jangan pula yg cuba membuat satu dominasi yg berlandaskan fakta "kuasa" tanpa menghirau akan sekeling dan persekitarannya.
Maka dgn sebab itu, sayugia diingatkan bahwa masyarakat kita masih belum sepenuhnya celik ttg D & D. Ada yg masih kelabu dan cuba utk dibandingkan misalnya dgn relevennya dgn sistem kapitalis. Justeru, langkah pertama kita sekarang iaitu pengenalan haruslah dibuat dgn lebih jitu. Kalau tak kenal, maka tak cinta. Begitu juga dgn D & D, jika masyarakat luar tidak mengetahui, maka bagaimana mereka hendak bersama2 berjuang dan mendokong D & D ini. Jangan pula ada pihak2 yg cuba memutar belitkan fakta sehingga mereka2 ini keliru dan akhirnya hilang dan proses seterusnya utk memartabatkan matawang sunnah akan terus terkubur.
Akhir kata, perjuangan ini memanglah perit dan banyak dugaan. Tetapi, menjadi tanggung jawab yg arif utk meredakan keadaan dan menerangkan kpd mereka satu demi satu dan langkah demi langkah. Apabila sudah wujud 1 modul utk satu persepsi, maka insyaallah perjuangan kita sudah semakin hampir. Bersama2lah kita berganding bahu menggalas senjata utk perjuangan yg satu.
Monday, June 28, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)