Syahadah

Syahadah

Iklan Dinar dan Dirham

Aplikasi Muamalah Dinar dan Dirham di Jakarta

Sunday, May 30, 2010

Friday, May 21, 2010

Salah Satu Usaha Memartabatkan Dinar dan Dirham

Sungguh menarik website yg baru saya jumpa. Menarik dan kreatif. Dan salah satu kandungan yg menarik ialah Kedai makan yg menerima Dirham utk bayaran. Wah... bagus sekali dan kedai ini terletak di Kuala Lumpur.

klik sini

Tuesday, May 11, 2010

Dinar Pada Satu Harga (yg terpilih sahaja)

Konsep DinarGold Ent memperkenalkan Dinar dalam satu harga adalah satu usaha untuk menyelaraskan harga semua pasaran Dinar di Malaysia. Sejajar dgn konsep menjadikan dinar sbg matawang. Namun begitu, usaha ini adalah setakat yg kita mampu sahaja. Melainkan dapat diberi komitmen oleh rakan2 lain. Kita cuba untuk memperkenalkan dinar dan dirham agar dapat di terima pakai oleh masyarakat. Setiap individu ada fungsinya bagi merealisasikan cita-cita ini. Para cendiakiawan dgn ilmunya utk disampaikan, pemerintah dgn kuaa mereka dan kami sbg pengeluar sbgai tapak alternatif bagi mengeluarkan produk sendiri bercirikan Malaysia selain syarikat2 besar yg sedia ada spt Mariwasa @ Royal Mint.

Untuk itu, sebagai permulaan, kita menyeragamkan harga beberapa keluaran Dinar yg terdapat dalam simpanan dan produksi kita. Antaranya ialah Dinar Muslim, Dinar Kulim dan sebahagian kecil Dinar Kelantan.

Untuk melihat senarai harga yg terkini secara "live", anda boleh melayari blog DinarKedah.
Harga web ini akan berubah setiap lebih kurang 5 ke 15 min. Jadi, para pelanggan boleh lah membuat tempahan dan bayaran mengikut harga semasa. Proses penghantaran akan dilakukan melalui pos @ COD.

Buat permulaan, bayaran pos hanya rm 5 sahaja. Cara pos tertakluk kpd pihak syarikat utk menentukan.

Wednesday, May 5, 2010

Dirham sbg Hadiah


Semalam telah diadakan "farewell" dinner utk 2 org rakan yg meninggalkan company. Seorang sahabat akan balik ke Indonesia setelah tamat kontrak dan seorang lagi ke Kuala Lumpur. Oleh kerana mereka adalah sahabat terdekat dan salah seorang adalah instructor saya, jadi saya telah memikirkan Dirham sbg ganti cendera hati kenang- kenangan.

Pada kotak Hadiah tersebut saya telah meletakkan no telefon dan nama saya sbg tanda ingatan. Jadi, malam tadi adalah salah satu jalan utk memperkenalkan Dirham kpd orang ramai. Maka sahabat2 yg lain pun kagum melihat akan keunikan serta kecantikan syiling dirham tersebut. Jadi, selain hadiah, malam tadi juga adalah satu proses pengenalan kpd rakan2 yg lain tentang Dirham dan Dinar. Semoga akan menjadi ikutan orang ramai nanti.


:P