Pagi tadi semasa nak hantar anak sekolah, barulah ternampak 'banner' Majlis Perasmian D n D Kelantan d KB TC pada 12 hb Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan.
Maka, terlerai lah segala misteri akan pelancarannya yg setelah lama dipalu dan dilaung sedikit masa dahulu. Cuma, sejak akhir2 ini agak jarang kedengaran sehinggalah pagi tadi. Namun tidak kpd dif 2 jemputan, yg mana "selected" person sahaja yg menerima surat jemputan drp penganjur.. Wah..!! ini sesuatu yg hebat, kerana program ini dipercayai dinaung oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan calang2 orang utk menerima jemputan drp Kerajaan Negeri...
Maka ada juga kedengaran suara yg bertanya, adakah orang yg tidak dijemput itu tidak boleh menyertainya. Maka, satu persoalan yg menarik dan cepu emas. Namun begitu, tahniah kpd yg terlibat krn sudah sampai ke peringkat ini perjuangan mereka. Diharap, perjuangan yg ikhlas akan dibayar oleh Allah dgn kemenangan di pihak muslimin...
Namun begitu, apa yg menarik tentang pelancaran ini mungkin terbahagi kpd beberapa "view'... Yakni, pandangan dan pendapat masing2.. Mungkin bagi "collector tegar" ini merupakan salah satu "item" yg boleh ditambah bagi memenuhi koleksi. Atau, pencinta D n D ini akan dapat merasai penggunaannya secara rasmi di bumi Kelantan ini. Atau mungkin pelbagai persoalan bagi lain2 orang..
Bagi saya, apa yg ditunggu adalah mekanisme yg akan digunakan utk merealisasikan penggunanan D n D dlm urusan perniagaan @ muamalat. Sesuatu "datum" pasti akan diwujudkan dan diterima pakai oleh orang ramai nanti. Antara mekanisme yg ditunggu ialah cara penetapan harga, wakala2 yg terlibat dan contoh aplikasi yg akan digunakan oleh kaki tangan kerajaan negeri d sb. Marilah kita bersama2 berdo'a agar pelancran in akan berjaya dan memberi lebih nayak manfaat kpd ummah berbanding kpd individu.. Insyaalah.
Tuesday, August 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)