Syahadah

Syahadah

Iklan Dinar dan Dirham

Aplikasi Muamalah Dinar dan Dirham di Jakarta

Saturday, March 13, 2010

Apakah langkah kita untuk memperkenalkan Matawang Sunnah kpd orang ramai


Dengan tajuk di atas, saya terpanggil utk memberikan pandangan peribadi dan mengajak rakan2 semua berbincang. Selain drp forum spt website Jutawanemas dan rakan2 bloggers emas yg lain, saya berpendapat kita masih kurang utk memperkenalkan Matawang Sunnah ini kpd umum. Mungkin kebanyakan pelayar2 J.E mengetahui sedikit sebanyak, namun jika diambil kira di dunia luar,peratusannya amat kecil sekali.

Apa yg mungkin termampu sekarang ialah drp pelayar J.E ini akan menyebarkan kpd rakan2 @ saudara mara mereka di luar sana. Jika kita mengharapkan ini, mungkin hasilnya agak lambat. Satu momentum yg besar harus diwujudkan... dgn mengambil peluang momentum ini, barulah ia dapat meledak dan membentuk satu platform yg besar yg diketahui umum. Insyaallah, pada masa itu harapan kita akan dpt di realisasikan.
Putradinar Blog

Saya bersyukur dgn kehadiran ramai muka baru yg muncul secara aktif dlm bidang ini, dgn beraninya cuba utk mencipta momentum tersebut. Sebagai contoh Cikgu Azrul yg bakal melancarkan wakala dinar dirham nya tak lama lagi, En Nizam dgn Jentayu Emas, LyGold dan banyak lagi. Tidak terbatas muka2 yg lama spt Nubex dan Ko-Halal Hub  memang tidak asing lagi, sekurang-kurangnya dapat menambah momentum yg sedia ada kpd yg lebih besar. Ia belum dicampurkan lagi dgn grup2 "elit" lain drp kumpulan Adam, Wantwo, Yomida, Samurai,Ebizz, Pijiemas atau otai2 emas lain spt Omar Kulim, Shamsul, dll. Para bloggers emas yg baru dan lama juga tidak dinafikan penglibatan mereka. Dengan wujudnya momentum2 sebegini, apabila bergabung pasti akan menghasilkan tenaga yg besar, cukup utk menembusi dinding pemisah yg selama ini begitu kuat dan tegar.

Tidak dilupakan juga jasa En Syukor, admin J.E yg sebenarnya membuka dimensi baru dalam era permainan "emas" di Malaysia. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ramai rakan2 kita ini boleh dianggap sebagai pemecah dominasi "taukeh2 Emas yg besar". Bukanlah memecahkan dominasi matlamat kita, tetapi ilmu dan rahsia emas ini harus dikongsi bersama secara adil. biar kita sama2 dapat merasai faedah drp kelebihan logam2 mulia ini.

Namun begitu, momentum  yg ada sekarang ini belum cukup kuat utk membuka minda org ramai. Masih terlalu kecil, tetapi bukan tidak berbisa..!!!. Apalah kumpulan kita jika dibandingkan dgn "grup" The Gold Dinar Research Group dahulu. Di mana promosi dan penglibatan mereka adalah besar dan hebat... jika kita imbas artikel2 @ rencana2 mereka ini, amat hebat... sehingga wujudnya penglibatan antarabangsa dan mantan PM. Konferens, secara ilmiah, profesional dan esklusif sering diadakan dgn penglibatan bukan calang2 tokoh, baik tempatan mahupun antarabangsa. Kita harus "salute" dgn tindakan dan pengorbanan mereka ini.

Hakikatnya, setelah lebih drp sedekad, masih belum ada impak yg besar dapat dirasai kita. Saya merasakan golongan sasar mereka ini tidak sampai hingga peringkat bawah seperti kita. Tahap dan penglibatan pemerintah, ahli akademik  mungkin ada tetapi bukan kita. Ini kerana, jika anda tidak terjebak dlm J.E kemungkinan anda tidak tahu menahu mengenai Dinar dan Dirham. Mungkin anda mengetahui hanya  secara " General knowledge" sahaja. Maka dgn sebab itu, program seumpamanya harus diteruskan dan di perbanyakkan. Penyertaan pihak atasan memang amat perlu namun, terdapat "comm breakdown" di antara orang kebanykan dan pemerintah...


bersambung..... antara cadangan utk memperkenalkan matawang sunnah... budaya.. tuntutan agama.. pemerintah.dll

No comments:

Post a Comment